BAB 1
"Kau pasti tentang ni, Xavior?" tanya Magnamon. "Aku pun tak pasti sebenarnya, tapi kalau ikutkan, aku lebih rela ikut budak tu daripada terus dengar lalutan Yggdrasil tu. Entah kenapa, aku dapat rasakan, budak itu boleh jadi kunci kepada jawapan yang selama ni aku cari." jelas Xavior, sang UlforceVeedramon.
"Mungkin aku tak patut ulang soalan tadi, tapi kau pastikah kau nak tinggalkan Yggdrasil semata-mata kerana seorang budak lelaki?" tanya Magnamon, lagi.
"Macam aku cakap tadi, mungkin budak tu boleh jadi kunci kepada jawapan aku selama ni." kata Xavior, yakin.
Magnamon sekadar mengangguk, tanda faham. "Baiklah, agaknya ni masa kau. Aku berharap kau akan jumpa apa yang kau cari selama ni." kata Magnamon.
Xavior tersenyum. "Terima kasih." Kemudian, dia menuju ke dunia manusia melalui Pintu Dimensi. "Aku takkan menyesal jumpa dengan budak tu, aku pasti!" katanya dalam hati.
Kelihatan seorang remaja lelaki duduk bersendirian di padang taman permainan itu, sambil menyedut udara petang. Matanya meliar memandang di sekelilingnya, sehinggalah dia terlihat
kegirangan seorang kanak-kanak lelaki sedang bermain dengan gembira dengan kawan Digimon miliknya.
Nafas keluhan kemudian dilepaskan. "Aku ni teruk betullah, umur 15 tahun pun tak ada lagi kawan Digimon.”
“Macam mana kau nak ada kawan Digimon? Siapa nak berkawan dengan orang lembik macam kau?” satu suara tiba-tiba menyampuk. Sekali lagi, dia melepaskan nafas keluhan. “Dia ni lagi...” dia berpaling ke belakang, dan mendapati sekumpulan remaja lelaki yang berbadan besar muncul.
“Izzam, Izzam, Izzam... kau tak bosan ke tak ada kawan Digimon?” katanya, menyindir. “Khalid, kau nak apa lagi dengan aku, hah?” tanya Izzam, lagi. Kakinya sedikit menggigil. Khalid yang ternampak reaksinya itu tergelak besar dengan rakan-rakannya di belakang.
“Aduhai, dah takut rupanya dia ni!” Khalid terus menyindir Izzam. Izzam, tanpa ragu-ragu tidak mengendahkan Khalid dan cuba untuk berlalu pergi dari situ. Namun, cubaannya gagal apabila dia ditumbuk bertalu-talu oleh Khalid dan rakan-rakannya.
Izzam cuba melawan balik, namun ternyata keadaan tidak berpihak kepadanya apabila dia dengan begitu mudah ditolak tersungkur ke belakang lantas ditumbuk lagi bertalu-talu. Pandangan Izzam mula kelihatan sedikit kabur. “Ah, lantaklah... Kalau aku mati pun, bukannya kecoh dunia ni.” kata Izzam dalam hati.
Angin yang kuat menderu dengan tiba-tiba di kawasan mereka. “Aku rasa baik kau cari orang yang sama kuat dengan kau, pengecut!” tiba-tiba, satu suara bergema di kawasan mereka. Kesemua mereka terkejut dengan kemunculan suara itu.
Kemudian, munculnya kelibat Digimon naga berbadan perisai dengan Digizoid berwarna biru turun dari langit dan mendarat betul-betul di hadapan Izzam. Rakan-rakan Khalid yang melihatnya terus melarikan diri meninggalkan Khalid dan Izzam di situ. Khalid dan Izzam terkelu melihat kemunculannya yang tiba-tiba itu.
Siapa dia ni? Aku kenalkah? Persoalan muncul di dalam hati Izzam melihatnya. “Kau apa hal datang sini? Pergi balik ke dunia kaulah, jangan nak menyibuk duduk kat sini! Menyemak!” marah Khalid.
“Habis yang kau pergi kacau budak tu apa hal? Kau nak bergaduh pun cari orang yang sama kuat dengan kau. Kalau rasa diri tu jantan, buat cara macam jantan. Jangan nak jadi pengecut! Baik kau pergi dari sini!” kata Xavior, memerintah. Khalid mulai merasa tercabar dengan kata-kata sinis Xavior itu lantas mengeluarkan Digivice dari poketnya.
“Kau ingat aku nak biarkan macam tu saja? Jangan harap! Piedmon, Realize!” Data-data Piedmon kemudian muncul di dunia manusia.
“Wah, wah, wah! Tengok siapa datang kali ni? Ahli Royal Knights, ya?” Piedmon tersenyum lebar. Izzam terkejut mendengar kata-kata Piedmon itu.
“Ro..yal Knights? Dia ni? Biar betul!” Hatinya berteriak. “Piedmon. Bunuh saja dia ni!” perintah Khalid. “Dengan relanya. TRUMP SWORD!” Dengan pantas, mereka berdua terbang ke langit dan Piedmon memulakan serangan dengan melontarkan banyak pedang ke arah Xavior.
Namun, Xavior tenang sahaja menahan kesemua cubaannya itu dengan pedang saber di tangan kirinya. “Wah, hebat juga kau ni! Tapi, boleh ke kau elak ni??” Tiba-tiba, Piedmon mengklonkan dirinya kepada tujuh dan berpusing di sekitar Xavior.
“ULFORCE SABER!!” Xavior membuat pusingan dan menyerang kesemua klon-klon Piedmon termasuk Piedmon sendiri dengan pedangnya itu. Kesemua klon itu lantas hilang dan Piedmon jatuh ke tanah, mengalami kecederaan teruk. “Tak guna! Aku terlalu ambil mudah!” Piedmon menyalahkan dirinya sendiri.
“Piedmon! Bangun!!” kata Khalid, memerintah. “Maaf, Khalid... Aku dah kehabisan tenaga nampaknya. Dia ni... kuat sangat.” Piedmon termengah-mengah mengambil nafas.
“Cis! Piedmon, return!” Data-data Piedmon kemudian kembali ke dalam Digivice itu. “Siap kau nanti!!” Khalid kemudian berlari, beredar dari situ.
“Dah mengalah? Buang masa aku betul!” kata Xavior, dalam hati. Izzam yang berada di belakang, hanya terdiam. Dia kemudiannya cuba bangun untuk beredar dari situ. “Kau nak pergi mana tu?” tiba-tiba, Xavior bertanya kepadanya.
“Aku nak balik. Terima kasih sebab selamatkan aku tadi.” kata Izzam, menggagahkan langkahnya untuk beredar dari situ. “Kawan jenis apa kau ni nak tinggalkan kawan Digimon kau macam tu saja kat belakang kau?” tanya Xavior. Langkah Izzam terhenti di situ. Dia seperti tidak percaya apa yang dia dengar tadi.
“Tadi. Apa kau cakap tadi?” tanya Izzam, cuba mendapatkan kepastian. “Kawan jenis apa kau ni biarkan kawan Digimon kau macam tu saja kat belakang?” Xavior mengulang lagi kata-katanya tadi. Izzam tergelak, kecil. Xavior hairan.
“Kau ni apa hal? Tak percaya ke?” tanya Xavior. Izzam kemudian menghulurkan tangannya ke arah Xavior. Xavior masih lagi kebingungan. “Kau buat apa ni?”
“Ini salam. Tanda perkenalan. Terima kasih sebab sudi jadi kawan Digimon aku.” kata Izzam. Namun, Xavior tidak menghulurkan tangannya.
“Kenapa ni?” tanya Izzam.
“Tangan kau... kecil sangat. Aku takut tangan kau hancur kalau bersalaman dengan aku.” kata Xavior, terus-terang. Izzam, mendengar kata-kata itu terus ketawa terbahak-bahak.
“Aduh. Sakit perut aku. Tak apalah, aku Izzam. Kau ni... UlforceVeedramon, bukan?” tanya Izzam. “Ya, memang. Tapi, aku lebih dikenali sebagai Xavior.” kata Xavior. Izzam tersenyum. “Ok lah. Apa-apa saja. Jom kita balik.” Izzam menguatkan langkahnya, sambil menahan sakit di badannya akibat teruk dipukul tadi.
Xavior kemudian menghulurkan tangannya betul-betul di depan Izzam. “Apa ni?” “Kau tu dah teruk kena belasah tadi, jangan nak tunjuk kuat. Aku hantarkan kau balik. Lagipun, aku akan tinggal kat rumah kau juga nanti.” kata Xavior, lagi.
“Terima kasih.” Izzam kemudian memanjat tangan Xavior yang besar itu. Xavior kemudiannya terbang ke langit dan bergerak ke destinasi.
Izzam kini sedang berehat di kamar tidurnya. Semua kecederaannya sudahpun dibalut oleh doktor yang datang ke rumahnya tadi. Ibunya yang melihat keadaannya tadi betul-betul terkejut lantas menolong Izzam berjalan ke bilik tidurnya.
“Bilik kau luas betul.” kata Xavior. “Tak adalah... bukan luas sangat pun nak dibandingkan dengan ke'luas'an kau tadi.” Xavior menahan amarahnya. Izzam sekali lagi ketawa besar melihat gelagat Xavior tadi.
“Jadi, macam mana kau boleh tukar bentuk kembali ke Child Form?” tanya Izzam. “Aku kan Royal Knights. Benda ni mudah sangat kau tahu tak?” kata Xavior, membangga diri.
Pintu bilik diketuk kemudian dikuak. “Oh, Renamon rupanya. Mama mana?” tanya Izzam. “Nadia macam biasa tengah buat kerja kat dapur. Kau ni pun satu, dah tahu budak tu asyik nak buli kau saja. Jangan nak keluar macam tu saja. Mujur Xavior ada. Kalau tak, entah-entah dah jadi arwah ke?” Renamon menyindir.
Izzam tergelak. “Aduh, sungguh pedas kata-katamu itu, Renamon. Sungguh menusuk kalbu.” Izzam menyindir balik. Renamon sekadar menggeleng-geleng kepalanya. “Jangan lupa makan ni. Lepas tu makan ubat. Lepas tu tidur! You understand?”
“Wow, dah boleh speaking lagi tu.” kata Izzam, sambil menahan gelak. Xavior hanya memerhati gelagat mereka berdua itu dengan penuh persoalan. Barangkali dalam kebingungan. Sedang dia asyik cuba memerah otaknya untuk mengetahui apa yang dibicarakan oleh mereka tadi, Renamon sudahpun keluar dari kamar Izzam.
“Ok, jom makan. Fuyoo! Mee Wantan! I like!” kata Izzam, berseloroh.
“Apa ni?”
“Ni namanya Mee Wantan. Cubalah. Rugi tak makan! Ke nak aku suap?” tanya Izzam, cuba menyakat Xavior. “Diamlah kau! Macamlah aku tak tahu makan sendiri!” Xavior lantas mengambil garpu dan makan dengan selambanya. Terbeliak mata Izzam dibuatnya!
~BAB 1 Tamat~
0 comments:
Post a Comment