THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday 10 November 2011

Tentang Digimon United Revolution

Sinopsis

Mengisahkan tentang Izzam, yang tidak mempunyai sebarang Digimon Partner sebagaimana orang lain. Ketika dia sedang menyelamatkan dirinya dari dibuli, satu kelibat Digimon yang misteri muncul dengan tiba-tiba menyelamatkan dirinya. Kelibat yang memperkenalkan dirinya sebagai Xavior, sang UlforceVeedramon dari Royal Knights telah membuat keputusan untuk menjadi Digimon Partner Izzam setelah lama memerhatinya. Dan dalam persahabatan mereka itulah, pelbagai rahsia mulai terbongkar dan satu demi satu darinya merungkaikan suatu rahsia besar yang akan mengecam keselamatan Bumi dan juga Dunia Digital, dunia asal Digimon...

Trivia

  • Merupakan fan-fiction bagi siri anime Jepun, Digital Monsters (Digimon). Watak-watak Digimon dalam cerita ini dipinjam dari siri tersebut.
  • Mula diasaskan oleh saya sejak tahun 2008 lagi, namun ditangguh sementara waktu kerana kekurangan idea. Projek ini disusun semula pada tahun 2010 dan bab terakhir dipublishkan di laman web DeviantArt pada Januari 2011 dalam Bahasa Inggeris.
  • Kini, saya sedang bergiat mengubah jalan cerita bagi fan-fic ini selain daripada mengalih-bahasanya kepada Bahasa Melayu.